Rintihan Suara Palestin ..

Assalamualaikum
sebagai pembuka bicara ..


HOLO ~ i'm back ! :)

Palestin

Seperti tajuk di atas, aku ada something yg aku nak share, mengenai rintihan suara tanah paletin .. yg mungkin kita langsung tak sedar atau buat buat tak sedar. *aku pun tak tahu. Article aku terbaca di Facebook, dari seorang sahabat yg giat sama membantu saudara Islam kita di sana.. Then aku terfikir nak kongsi benda nih :)

Bacalah luahan hati seorang anak Palestin, Fathi Abzinah kepada mereka yang masih tidak peduli akan Palestin ..

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh b

ersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu,

kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat? 

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama. 

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

Sedang saudara saudara tercinta kita di Palestin bermati-matian berjihad memerangi tentera Israel laknatullah, anak anak muda kita sedang sibuk dengan berkonsert, berparti, entah apa apa *sedih* Ingatlah, setiap saat kita melupakan saudara kita di sana, setiap saat itu lah kita melupakan agama kita, dan setiap saat itu lah kita melupakan Allah s.w.t..

#Pray For Gaza. :)

.....

THANKS FOR READING !

No comments:

Post a Comment